awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
MALAYSIA
16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Gabungan puisi dan lagu dapat hasilkan karya lebih mendalam - Nash

Bernama
Bernama
28/04/2025
14:30 MYT
Gabungan puisi dan lagu dapat hasilkan karya lebih mendalam - Nash
Nash melihat puisi dan lagu boleh menjadi sebuah karya yang hebat terutama dengan kekuatan muzik serta interpretasi penyanyi yang menyampaikan karya tersebut. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Gabungan puisi dan lagu bukan sahaja dapat menghasilkan karya sastera yang lebih mendalam dan bermakna tetapi turut mampu mencipta karya yang boleh memikat hati pendengar.
Pandangan itu dikongsikan penyanyi terkenal tanah air Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang melihat puisi dan lagu boleh menjadi sebuah karya yang hebat terutama dengan kekuatan muzik serta interpretasi penyanyi yang menyampaikan karya tersebut.
"Puisi merupakan medium seni yang mempunyai daya tarikan tersendiri, memainkan peranan penting dalam menyampaikan pemikiran, falsafah dan hasrat masyarakat.
"Lagu mungkin memiliki lirik yang mudah, tetapi kekuatan muzik dan interpretasi penyanyi mampu menjadikannya (lagu puisi) sebuah karya yang hebat," katanya pada program Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) baru-baru ini.
Sementara itu, Presiden PEMUISI Datuk Radzuan Ibrahim berkata kehadiran tokoh luar bidang sastera sebagai tetamu khas dalam acara baca puisi anjuran PEMUISI boleh memasyarakatkan puisi serta memperkenalkan sastera kepada kelompok lebih luas.
"Kami mengundang tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang untuk bersama-sama mengembangkan sastera, khususnya puisi dalam kalangan mereka yang bukan daripada dunia penulisan," katanya.
Penglibatan Nash dalam puisi katanya diharap dapat memberi impak positif, terutama kepada peminat lagu puisi dan mengembangkan lagi seni puisi serta muzik melalui kerjasama seperti konsert lagu puisi dan seminar.
Program anjuran PEMUISI dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka itu turut menampilkan pemuisi veteran dan baharu termasuk Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Datuk Jasni Matlani, Datuk Chamil Wariya dan beberapa tokoh lain serta pelajar daripada Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kolej Islam Antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuisi veteran
#impak positif
#dunia penulisan
#peranan penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami