Demi mengejar imbuhan gadis berusia 16 tahun yang jadi taruhan, sekumpulan 'Mat Rempit' sanggup memecut keliling Dataran Shah Alam di sini, mengganggu penduduk dengan bunyi bingit enjin motor.
Perkara ini didedahkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menggempur lokasi terbabit dalam satu operasi pagi ini.
Ini berikutan aduan dari pemilik hotel dan pengunjung bandar raya Shah Alam yang merasa terancam dengan gangguan bunyi bising dari si 'samseng' jalanan.
Ekoran dari itu, operasi bersepadu samseng jalanan yang diketuai Inspektor Mohd Nazli Nordin, bersama 50 anggota dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peronda PVR mula mengepung laluan utama si samseng jalanan.
"Hasilnya, 60 saman dikeluarkan. 22 darinya kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Turut disita, 15 buah motosikal.
"Polis percaya kekerapan operasi mampu mengekang masalah sosial dan sekali gus mendidik penunggang motosikal lebih berhemah," kata Mohd Nazli.
Operasi berakhir kira-kira jam 6 pagi.
Astro Awani
Sun Dec 24 2017

Sejumlah 60 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Shah Alam awal pagi ini. Astro AWANI
![AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894004/42418328031615030187401_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [06/03/2021] - 221 kes baharu, 258 kes sembuh | Kesedaran vaksin makin meningkat | i-Sinar pilihan terakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: - COVID-19 di Sarawak catat kematian ke 87 - Program vaksinasi berjalan lancar - Wang i-Sinar bukan untuk dibazirkan - kata penganalisis ekonomi Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AirAsia semakin pulih melalui transformasi digital dan peluang lain - Fernandes
AirAsia Group Bhd semakin pulih daripada impak pandemik COVID-19, selepas mengambil peluang baharu termasuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Dua selamat, seorang hilang dihanyut arus deras ketika berkelah
Mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.

Gadis 16 tahun imbuhan mat rempit di Shah Alam
Perkara ini didedahkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menggempur lokasi terbabit dalam satu operasi pagi ini.