awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali nikah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2023
00:54 MYT
Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali nikah
Nurul Sharifah Nazuwa memohon orang ramai membantu mengesan bapanya, Khairul Azna, untuk menjadi wali pernikahannya pada majlis yang bakal berlangsung 1 Julai ini. - Foto Sinar Harian
HULU TERENGGANU: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai depan.
Nurul Sharifah Nazuwa Khairul Azna, 27, berkata, dia tidak lagi bertemu bapanya, Khairul Azna Ariff sejak berusia 9 tahun.
"Daripada cerita yang diberitahu kepada saya, ketika saya berusia tujuh tahun, ayah saya berniaga di sebuah kedai makan di Bandar Baru Bangi.
"Waktu itu saya dibesarkan oleh arwah opah dan datuk saya kerana mereka berdua membesarkan saya sejak lahir lagi sehingga saya berusia 15 tahun.
"Ketika saya berusia sembilan tahun, saya tidak lagi berjumpa ayah sehinggalah kini," katanya yang tinggal di Kampung Payang Kayu, Kuala Berang, di sini.
Nurul Sharifah Nazuwa berkata, dia difahamkan, kedua ibu dan bapanya berpisah pada 2015 dan keadaan itu menambahkan lagi jarak pemisah di antara mereka.
"Apabila kedua-duanya berpisah saya semakin sukar untuk menjejaki ayah saya. Saya harap mereka yang ada maklumat mengenai ayah saya boleh tampil dan hubungi talian 013-2785240.
"Jika ayah saya masih ada saya mohon agar dia dapat bertemu dengan saya seterusnya menjadi wali ketika pernikahan saya pada 1 Julai depan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cari bapa kandung
#wali nikah
#Kuala Berang
#anak cari bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan