awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis warga Malaysia dilapor hilang di Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
08:25 MYT
Gadis warga Malaysia dilapor hilang di Thailand
Kali terakhir Angie dikesan berada di Chiang Mai pada 29 Mei atas urusan kerja. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Seorang gadis warga Malaysia, Angie Chona Sum Yee, 22, dilaporkan hilang di Thailand selepas gagal dijejaki ahli keluarganya sejak beberapa hari lepas.
Ibu mangsa, Zhu Caiyun berkata, kali terakhir Angie dikesan berada di Chiang Mai pada 29 Mei atas urusan kerja.
“Terdapat pekerja daripada syarikat sama akan menemui Angie ketika di Thailand. Angie telah memuat naik beberapa keping gambar di sekitar Chiang Mai, daerah Mae Sai, Chiang Rai termasuk kawasan pintu sempadan antara Mae Sai dan Myanmar.
"Gambar itu dimuat naik Angie di Facebook peribadinya sebelum beliau hilang tanpa dikesan. Kali terakhir Angie aktif di aplikasi WhatsApp adalah pada jam 10 malam, Khamis lalu.
"Sejak daripada itu, dia tidak membalas atau membaca sebarang mesej dihantar," ujarnya dalam Facebook pada Selasa.
Zhu Caiyun turut memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu pihak berkuasa menjejakinya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gadis malaysia
#hilang di thailand
#Angie Chona Sum Yee
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan