awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh, bising antara isu gangguan libat pekerja warga asing

Bernama
Bernama
07/12/2022
09:06 MYT
Gaduh, bising antara isu gangguan libat pekerja warga asing
Mohd Hairi Mad Shah berkata antara lokasi tumpuan isu gangguan tersebut adalah melibatkan kawasan penempatan asrama pekerja warga asing. - BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Masalah pergaduhan, gangguan bunyi bising dan kebersihan antara isu gangguan paling banyak direkodkan melibatkan pekerja warga asing di negeri ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata antara lokasi tumpuan isu gangguan tersebut adalah melibatkan kawasan penempatan asrama pekerja warga asing.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima banyak aduan mengenai isu gangguan berpunca daripada pekerja asing, khususnya Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
"Bahagian Penguatkuasaan PBT sering menjalankan kolaborasi dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor bagi membasmi masalah kacau ganggu dalam kalangan pekerja asing dengan penduduk tempatan terutamanya di kawasan perumahan pekerja.
"Operasi penguatkuasaan dijalankan adalah berdasarkan aduan diterima dan pemantauan berkala yang dijalankan PBT dan JTK," katanya pada Persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fuad Tukirin (BN-Bukit Naning) yang ingin tahu isu melibatkan pekerja asing di negeri ini dan peranan pengusaha kilang dalam memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.
Mohd Hairi berkata Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 menggariskan majikan perlu mematuhi kriteria dalam menempatkan pekerja selain mematuhi peraturan berkaitan.
"Keselamatan dan kesihatan tidak terbatas di tempat pekerjaan sahaja tetapi perlu diperluas di kawasan penginapan, pada waktu pergi dan pulang dari tempat pekerjaan serta sekitar tempat pekerjaan.
"Statistik Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga menyatakan bahawa dua daripada tiga kemalangan maut yang berlaku setiap hari adalah berpunca daripada kemalangan individu yang berulang alik ke tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#warga asing
#Johor
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan