Pihak berkuasa disaran untuk menutup sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di lokasi itu selesai.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, isu penipuan serta paksaaan pembeli bukanlah perkara baru di Low Yat malah beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara.
"Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri
"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.
"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rani mengulas kejadian sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat pada Sabtu selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.
Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada.
Walaupun dikatakan timbul isi rasis dalam insiden ini, Abdul Rani menjelaskan, pihak berkenaan tidak harus diberi muka untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang.
"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku," jelasnya.
Pada pagi Ahad, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya akan memulakan siasatan berhubung insiden pergaduhan di Low Yat tersebut.
Bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis.
Abdul Rani sebelum ini pernah menasihatkan pengacara popular, Azwan Ali untuk berhenti menimbulkan kekecohan dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis seandainya Azwan melakukan kesalahan sama semula.
Ia rentetan permohonan maaf Azwan yang dikatakan menjadi punca perselisihan faham dengan peminatnya mengenai cadangan tempat makan yang menarik.
Wan Syamsul Amly
Sun Jul 12 2015
Susulan insiden gaduh di Plaza Low Yat pada Sabtu, seorang suspek lelaki berumur 22 tahun telah ditahan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.
Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.
Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.