awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal di Subang, 'kereta terbang' bakal ke Maldives - Mohd Redzuan

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
24/11/2019
09:04 MYT
Gagal di Subang, 'kereta terbang' bakal ke Maldives - Mohd Redzuan
Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau super dron atau kereta terbang UAS E-Hang 216 (EH216) di Subang, pada Khamis. - Gambar fail/SINAR HARIAN
Kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis lalu.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihaknya menerima undangan khas daripada usahawan swasta terlibat untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.
“Kita kerajaan bukan membelanjakan satu sen pun, kita memudahcarakan kepada orang muda yang hendak melibatkan diri dalam aerospace air mobility industry.
“Takkan tidak boleh buat.. ini bukan dasar kerajaan. Dia pergi buat tempat lain. Okay dia pergi tempat lain contoh tidak boleh terbang di Subang itu hari dia akan terbang di Maldives, Insyaallah dia akan jemput Pakwan untuk terbang di Maldives untuk inter island hopping, tidak ada masalah,” katanya selepas Program Himpunan Usahawan Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.
BACA: Menteri tinjau kereta terbang di Subang
BACA: Penerbangan ujian 'kereta terbang' tidak mendapat kebenaran - CAAM
BACA: Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul?
Menurutnya, tarikh sebenar penerbangan di kepulauan itu masih belum dimaklumkan buat masa ini bagaimanapun beliau menyatakan kesediaan untuk ke Maldives.
Terdahulu pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan ‘kereta terbang’ pertama Malaysia itu yang dijadualkan diuji pada Khamis lalu.
Tambah Mohd Redzuan berkata peraturan dan birokrasi yang ketat menjadi penghalang kemajuan pembangunan industri aeroangkasa dan mobiliti udara.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#Malaysia
#Maldives
#menteri
#Menteri Pembangunan Usahawan
#Mohd Redzuan Yusof
#penerbangan
#super dron
#UAS E-Hang 216
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan