awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal dihubungi, rupanya ibu sudah meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2021
15:46 MYT
Gagal dihubungi, rupanya ibu sudah meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat wanita berkenaan ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak dan berbau. - Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur rumahnya di Lorong Impian Indah 12, Bukit Mertajam, pada malam Khamis.
Mayat wanita berusia 51 tahun itu ditemui oleh anak lelakinya yang pulang ke rumah pada jam 7.30 malam untuk melihat keadaan ibunya setelah gagal menghubungi wanita itu sejak pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat wanita berkenaan ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak dan berbau.
Menurut Shafee, anak mangsa memaklumkan gagal menghubungi ibunya sejak pagi Khamis sebelum pergi ke rumah wanita itu untuk melihat keadaannya.
“Sebaik sampai di rumah ibunya, anak si mati telah masuk ke dalam rumah dan terhidu bau busuk lalu menghubungi adiknya.
“Adiknya yang tiba bersama seorang rakan cuba membuka pintu bilik sebelum menemui wanita itu terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurut Shafee, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia dipercayai lebih daripada 24 jam berikutan keadaan mayat.
Pasukan forensik yang melakukan siasatan di lokasi kejadian mengesahkan tiada ada unsur jenayah berlaku dan tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.
"Mayat wanita itu dihantar ke Unit Forensik Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan akan menjalani ujian COVID-19," katanya lagi.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#jenayah
#meninggal dunia
#polis
#wanita
#mayat
#mangsa
#mati
#siasatan
#perubatan
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan