awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing

Bernama
Bernama
28/10/2023
13:12 MYT
Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing
Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong hari ini. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini hari ini.
Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am SAC Zulkifli Jonit berkata dalam operasi Taring Nyah II pada jam 4.30 pagi itu, 103 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu, terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan India.
"Kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1)(c), serta Seksyen 15 (4), Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan pendatang tanpa izin di mana-mana balai berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#polis tahan
#dokumen pengenalan diri
#pasar borong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan