JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.
Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata bagaimanapun pihaknya telahpun mengambil tindakan segera dengan menghalau semula kumpulan haiwan itu kembali ke habitat asalnya.
Beliau berkata pemantauan secara berterusan turut dijalankan susulan aduan daripada orang awam berhubung mamalia itu yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan berkenaan, Ahad lepas.
"Kita mengambil tindakan kawalan kerana kumpulan gajah itu besar dan apabila siasatan dijalankan, kita dapati sebelah kawasan perumahan itu ada ladang yang sedang dalam proses penanaman semula di peringkat awal yang mana pokok-pokok tua tu dalam buat proses 'chipping' (racik) yang dikhuatiri telah mengundang kehadiran gajah-gajah itu.
Gajah ini tak pernah hadir begitu banyak sekali (meskipun) kawasan berhampiran memang ada gajah dan (dipercayai) kumpulan gajah itu turun ke kawasan 'chipping', " katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata kumpulan gajah dikhuatiri mengundang risiko bahaya, apatah lagi sering muncul di lokasi terbabit berikutan terdapat tapak pasar malam di kawasan berhampiran.
"Kebiasaannya tapak pasar malam ini (terdapat segelintir) peniaga yang buang sisa makanan atau pun buah-buahan dan ada gajah yang datang ke situ kerana ada sumber makanan.
"Selepas itu, kumpulan gajah itu dipercayai kembali ke Gunung Lambak kerana di situ kawasan keliaran," katanya.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan kumpulan mamalia itu.
"Sebarang aduan serta maklumat mengenai hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan menerusi talian hotline 1-800-88-5151 atau [email protected] atau ke pejabat Perhilitan yang berhampiran, " katanya.
Terdahulu, tular gambar dan video berdurasi satu minit di laman sosial Facebook yang memaparkan kehadiran gajah yang dipercayai mencari sumber makanan di kawasan perumahan Taman Seri Impian, Kluang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Perhilitan telah menghalau semula kumpulan haiwan itu kembali ke habitat asalnya. - Gambar hiasan
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.
Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.
'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.
Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.