awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat

Bernama
Bernama
06/07/2024
23:20 MYT
Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Dua ekor gajah jinak Pian dan Rambai mencuri perhatian pengunjung di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang sedang berlangsung di sini
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, sudah menjalani latihan khusus untuk membiasakan diri dengan pengunjung sekali gus memberi haiwan itu peluang menyinar menjadi haiwan kebanggaan negeri Pahang.
Ketua pusat itu Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata seramai 15 petugas dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ditugaskan untuk memastikan interaksi haiwan berkenaan dengan pengunjung berjalan lancar sepanjang program itu.
Beliau berkata pengunjung bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan gajah betina itu malah boleh beri haiwan berkenaan makan tetapi hanya makanan yang disediakan oleh Perhilitan bagi mengelakkan gajah mengalami keracunan makanan.
"Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Kebanyakan pengunjung datang bersama anak-anak masing-masing jadi Pian dan Rambai sering dibelai serta diberikan makanan," katanya kepada Bernama.
Mikhail yang berusia tiga tahun jelas teruja apabila melihat gajah berkenaan.
"Ini kali pertama dia melihat gajah secara dekat. Selalunya hanya melihat di hadapan skrin atau dalam bentuk animasi," kata bapa Mikhail, Huzairi Idris, 33.
Pesara Salmah Suhaimi, 66, berkata pameran gajah itu satu inisiatif yang baik untuk mendidik orang ramai mengenai hidupan liar.
Beliau berpendapat program percuma seperti ini menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung kerana lazimnya orang ramai perlu membayar untuk melihat hidupan liar seperti gajah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program MADANI Rakyat
#gajah jinak
#pian
#Rambai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan