BUKIT MERTAJAM: Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah menetapkan bahawa satu jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan penyelarasan gaji minggu depan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
"Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.
"Secara tradisinya, jawatankuasa ini sepatutnya bermesyuarat 10 tahun sekali, tapi sekarang dah 12 tahun jawatankuasa ini tidak bermesyuarat," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya pandangan beliau berkenaan gaji graduan yang kini dianggap merosot ke paras gaji minimum.
Beliau ditemui selepas memberi ucapan perasmian di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini.
Selain itu, beliau turut meminta semua kementerian untuk tidak bekerja secara silo dan memanfaat kepakaran yang dimiliki oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti negara agar satu sinergi boleh diwujudkan antara semua pihak berkenaan.
Beliau mengambil contoh bagaimana sinergi antara kerajaan dan kepakaran di universiti begitu aktif dilakukan dan menguntungkan negara China, sedangkan Malaysia masih lagi terikat dengan pendekatan lama.
"Jadi saya minta laporan terperinci supaya universiti berikan bidang-bidang tenaga akademik dan penyelidik untuk kita sesuaikan di jabatan atau kementerian mana, supaya ada sinergi dan dapat dimanfaatkan (oleh kerajaan).
"Andaiannya jika ini dapat dilakukan dalam tempoh segera, kita boleh pacu ekonomi dan mencapai pertumbuhan enam peratus dalam masa singkat selain pelaburan negara juga boleh bertambah di luar jangkaan," katanya.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
Persidangan tahunan anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bertemakan 'Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik' itu disertai kira-kira 350 orang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan profesional dari sektor awam dan swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Anwar berkata Ketua Setiausaha Negara telah menetapkan bahawa satu jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan penyelarasan gaji minggu depan. - Gambar fail
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Gaji graduan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu hadapan - PM
Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Malaysia-Filipina: Prospek hubungan pendidikan dua negara boleh dikembangkan - Penganalisis
Prospek hubungan pendidikan di antara Malaysia dan Filipina boleh dikembangkan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke negara itu.
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
Bajet 2023 rangkumi kepentingan semua segmen masyarakat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini.