AYER KEROH:Kerajaan negeri Melaka akan melakukan pemotongan gaji Ketua Menteri dan semua Exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemotongan 10 peratus gaji selama setahun bermula Januari ini akan disalurkan ke Tabung Bencana Negeri Melaka sebagai langkah membantu lebih ramai rakyat yang terjejas ekoran impak COVID-19.
"Kita telah bermesuarat di kalangan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semua ahli majlis telah bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 10 peratus pada tahun hadapan selama setahun.
"Insya-Allah duitnya nanti hasil pemotongan (gaji) kita akan pulangkan nanti pada rakyat negeri Melaka," kata Sulaiman kepada media selepas Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di sini hari ini.
Sementara itu, Sulaiman turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.
Katanya, insentif berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada bulan ini serta Januari.
Belanjawan 2021 yang bertemakan Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagia Rakyat, Menggamit Dunia dengan anggaran hasil 2021 sebanyak RM 445.96 juta serta peningkatan 14.28 peratus berbanding tahun sebelum ini.
Beliau turut mengumumkan insentif kepada rakyat Melaka berjumlah kira-kira RM55 juta termasuk dalam bentuk pengecualian cukai dan lesen, bantuan 'one-off' dan bayaran sagu hati termasuk kepada nelayan dan pengayuh beca.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Dec 09 2020
Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemotongan 10 peratus gaji selama setahun bermula Januari ini akan disalurkan ke Tabung Bencana Negeri Melaka sebagai langkah membantu lebih ramai rakyat yang terjejas ekoran impak COVID-19. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.
Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.