awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galakkan warga emas bergiat aktif, kerajaan mahu bina lebih banyak PAWE

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2019
07:25 MYT
Galakkan warga emas bergiat aktif, kerajaan mahu bina lebih banyak PAWE
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia Universiti Putra Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan warga emas supaya sentiasa melibatkan diri dalam penuaan aktif.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selari dengan saranan tersebut, usaha yang dilakukan termasuklah menubuhkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara.
“Sehingga kini, terdapat sebanyak 88 buah PAWE telah ditubuhkan dan telah memberi manfaat kepada 36,931 warga emas yang berdaftar.
“Terdapat juga berbagai-bagai inisiatif lain kerajaan bagi memastikan kebajikan warga emas sentiasa terpelihara di bawah Kementerian berkaitan sosial lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon; dan Pengarah MyAgeing™, Professor Datuk Dr. Tengku Aizan Hamid.
Mengulas lanjut, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, isu penuaan merupakan isu sejagat dan merentasi pelbagai kementerian.
Justeru itu jelasnya, tanggungjawab menanggani isu-isu berkaitan perlu didokong semua pihak.
“Usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas sewajarnya disokong masyarakat dengan mengubah pandangan terhadap warga emas yang dianggap sebagai beban, kepada warga emas aktif dan produktif.
“Usaha bersepadu dan menyeluruh dari semua pihak sangat diperlukan untuk memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal (no one is left behind),” ujarnya.
Mengikut unjuran data Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.
“Ketika itu, populasi negara dijangka mencapai 38.1 juta orang yang mana 5.8 juta daripadanya merupakan warga emas,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia
#Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#MyAgeing
#PAWE
#Pusat Aktiviti Warga Emas
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan