MALAYSIA
Gamat didapati boleh halang penyebaran kanser - Kajian

Sebatian gula sugar fucosylated chondroitin sulfate yang dihasilkan gamat daripada spesis Holothuria floridana boleh menghalang Sulf-2 dalam ujian yang dilakukan di makmal. - Foto Amanz
MINYAK gamat sudah lama digunakan untuk mengubat luka dengan kami yakin anda sekurang-kurangnya satu di rumah dan ia menjadi antara buah tangan apabila ke Langkawi.
Ringkasan AI
- Sebatian gamat halang kanser Penyelidik mendapati sebatian dari gamat (spesies *Holothuria floridana*) boleh menghalang enzim Sulf-2 yang membantu penyebaran kanser (metastasis).
- Berpotensi tinggi dan selamat Sebatian ini selamat digunakan dan lebih mudah dihasilkan berbanding ubat sintetik, menjadikannya calon berpotensi dalam rawatan kanser.
- Cabaran pengeluaran besar-besaran Halangan utama kini ialah penghasilan sebatian tersebut dalam kuantiti besar untuk ujian klinikal sebelum digunakan pada manusia.
Sel manusia diliputi struktur kecil seperti rambut yang dipanggil glycans yang membantu komunikasi sel, tindak balas imun dan pengecaman ancaman seperti patogen.
Sel-sel kanser mengubah enzim tertentu tubuh, termasuk Sulf-2 yang seterusnya mengubah struktur glycans. Pengubahsuaian ini membantu kanser merebak.
Tetapi sebatian gula sugar fucosylated chondroitin sulfate yang dihasilkan gamat daripada spesis Holothuria floridana boleh menghalang Sulf-2 dalam ujian yang dilakukan di makmal.
Apabila Sulf-2 dihalang, metastasis kanser dapat dihalang daripada berlaku.
Kelebihan lain sebatian yang dihasilkan gamat ini ialah ia selamat digunakan dan lebih mudah dihasilkan berbanding proses sintetik.
Halangan pada waktu ini ialah mendapatkan fucosylated chondroitin sulfate dalam jumlah yang banyak bagi melakukan ujian klinikal pada haiwan makmal sebelum dikembangkan pula kepada manusia.
Siapa sangka gamat yang dahulunya dianggap sekadar ubat merawat luka serta penyakit kulit tradisional sebenarnya menyimpan rahsia menghalang penyebaran kanser yang menjadi penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia pada tahun 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami