KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bau seakan diesel di Sungai Beranang menujukkan bacaan pencemaran 2 ton, yang menjadi punca Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti operasi sekali gus menjejaskan bekalan air di 427 kawasan di Lembah Klang pada Selasa.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata pasukan LUAS yang membuat rondaan mengesan kejadian itu pada jam 2.30 pagi Selasa.
"Siasatan lanjut mendapati paras sungai yang tinggi serta aliran yang deras daripada hujan yang lebat telah menyebabkan pembendungan pencemaran sebelum ini di Sungai Kabul memasuki sungai.
"LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meningkatkan langkah-langkah mitigasi pencemaran.
"Pemantauan dan pensampelan statik LUAS juga dipertingkatkan kepada dua lokasi iaitu di Sungai Beranang termasuk Sungai Kabul dan Sungai Semenyih selepas pertemuan Sungai Beranang.
"LUAS telah meletakkan tiga oil boom, 20 oil pad dan lima beg AC di Sungai Kabul untuk meningkatkan pencegahan kepada pencemaran," katanya dalam satu kenyataan Selasa malam.
BACA: Gangguan air: Bekalan pulih sepenuhnya 9 pagi esok - Air Selangor
Terdahulu, Air Selangor berkata, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang Selasa.
Gangguan bekalan air itu susulan insiden pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir sehingga menyebabkan henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih.
Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, LUAS telah mengeluarkan arahan kepada premis terlibat berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk mengalihkan apa-apa bahan pencemar yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai serta melaksanakan pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang.
"Pihak premis sedang melakukan pembersihan sump pit sepertimana prosedur yang ditetapkan dan pihak JAS juga telah mengeluarkan notis penahanan operasi kepada premis berkuatkuasa daripada 1 Mei 2022," katanya.
Beliau berkata, bermula pada jam 2.30 petang Selasa, air sungai kembali normal apabila ujian bau mula merekodkan bacaan 0 ton di LRA dengan konsisten tiga kali bacaan sama sehingga jam 3.30 petang.
Astro Awani
Tue May 03 2022

Air Selangor berkata, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang Selasa. - Gambar hiasan

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral
Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.

Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.

Tanah runtuh di Hutan Simpan Gunung Berembun punca gangguan bekalan air di Port Dickson
Gangguan bekalan air mentah di Springhill Port Dickson, dekat sini sehingga hari ini antara lain berpunca daripada tanah runtuh susulan banjir di Hutan Simpan Gunung Berembun pada 18 Dis tahun lepas.

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan hingga esok pagi - Air Selangor
Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital.

18 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan bekalan air
Bekalan air terpaksa ditutup jam 10.17 malam pada Khamis untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

Gangguan bekalan air Kampung Sungai Besar selesai hujung tahun ini
LAP melakukan pengezonan semula kawasan bekalan supaya tekanan dapat ditingkatkan dalam tempoh yang lebih cepat.

Pencemaran bau: JAS keluarkan perintah penahanan operasi kelengkapan terhadap premis
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih.

Air Selangor: Bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Gangguan air Lembah Klang: LUAS kesan pencemaran seakan diesel
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, berkata pasukan LUAS yang membuat rondaan mengesan kejadian itu pada jam 2.30 pagi Selasa.