Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini.
Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3.
Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan.
"Pemulihan bekalan air ke kawasan terlibat akan bermula pada 15 Julai (9 pagi) dan kita juga membuat anggaran bahawa 48 peratus daripada semua kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 16 Julai (9 pagi)," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
"Sebanyak 80 peratus kawasan yang terlibat (akan pulih) pada 17 Julai (9 pagi). Pemulihan bekalan air sepenuhnya dijangka pada hari yang sama pada jam 5 petang," kata beliau.
Abas berkata Air Selangor juga akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan mengutamakan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
"Kita juga akan membuka lapan pusat khidmat setempat (PKS) dan menyediakan enam pili air awam dari 16 dan17 Julai untuk membantu pelanggan yang terjejas," katanya.
Senarai lengkap kawasan terjejas dan waktu pemulihan bekalan air, lokasi PKS, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh dirujuk di laman sesawang Air Selangor atau aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 06 2020
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan, jelas Air Selangor menerusi kenyataannya. -Foto Astro AWANI
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Gangguan bekalan air pulih secara berperingkat bermula esok - Air Selangor
Gangguan bekalan air selama 80 jam yang berlaku di 290 kawasan dalam wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 Julai.
Gangguan air libatkan 420,000 pemilik akaun Selasa depan - Air Selangor
Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini.