awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: Status pemulihan sudah capai 95 peratus setakat 6 petang

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2022
11:30 MYT
Gangguan air: Status pemulihan sudah capai 95 peratus setakat 6 petang
Sehingga jam 6 petang Isnin, status pemulihan bekalan air di 472 kawasan yang yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi telah mencapai 95 peratus.
KUALA LUMPUR: Sehingga jam 6 petang Isnin, status pemulihan bekalan air di 472 kawasan yang yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi telah mencapai 95 peratus.
Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga wilayah sudah pulih sepenuhnya iaitu Hulu Langat, Putrajaya dan Kuala Langat.
Manakala, status pemulihan bekalan air di Sepang sudah mencapai 99 peratus dan di Petaling pula pada kadar 88 peratus.
BACA: Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat
“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
“Bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh henti tugas sementara LRA Bukit Tampoi telah pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 26 Disember 2022 (Isnin).
“Manakala kawasan-kawasan yang terjejas oleh henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi, 27 Disember 2022 (Selasa),” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Gangguan Air | Lori bawa pati minyak wangi kemalangan punca gangguan air
“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” ujarnya.
Kenyataan itu juga memaklumkan sebanyak 21 kawasan masih belum pulih di wilayah Petaling manakala di wilayah Sepang, hanya dua kawasan yang masih belum pulih.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#loji rawatan air
#Pulih
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan