awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 28 kawasan Kuala Selangor 13 Okt ini

Bernama
Bernama
07/10/2020
22:02 MYT
Gangguan bekalan air di 28 kawasan Kuala Selangor 13 Okt ini
Air Selangor menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Okt ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan, gangguan itu berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.
"Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.
Tambahnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.
"Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.
BACA: Bekalan air di Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor pulih sepenuhnya hari ini
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:
  1. Bagan Tengkorak
  2. Jalan Ban Canai
  3. Jalan Kunci Air Buang
  4. Kampung Ampangan
  5. Kampung Haji Razali
  6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  7. Kampung Pinang
  8. Kampung Seri Tiram Jaya
  9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 - Parit 4
  10. Kampung Sungai Kajang
  11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  12. Kampung Tok Adam
  13. Kampung Ulu Tiram
  14. Lorong Bahagia
  15. Parit 1 Sungai Burong
  16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A - Z
  17. Sungai Burong Sawah Parit 1 - Parit 4
  18. Sungai Sireh Lorong 1 - 23
  19. Taman Desa Jaya
  20. Taman Kopema
  21. Taman Radin Jaya
  22. Taman Sri Bakti
  23. Taman Sri Desa
  24. Taman Sri Jaya
  25. Taman Sri Setia
  26. Taman Sri Tanjong
  27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
  28. Taman Wawasan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bekalan air
#gangguan
#Kuala Selangor
#Air Selangor
#Elina Baseri
#henti tugas
#LRA Sungai Sireh
#kerja penggantian injap
#Infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan