KUALA LUMPUR: Bekalan air di semua 397 kawasan terjejas di tiga wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka pulih sepenuhnya, pada pukul 8 malam esok.
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat 3.30 petang, Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) telah mula beroperasi semula bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.
"Bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan itu.
Dilaporkan sejumlah 172 kawasan di Kuala Lumpur, Hulu Langat (222 kawasan) dan Petaling (tiga kawasan) mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hari ini susulan henti tugas sementara LRA Langat 2 pada 4.30 pagi tadi, berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat kejadian kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong, semalam.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Bekalan air terawat akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Sambutan Hari Pekerja peringkat Kebangsaan 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Gaji minimum disemak tahun ini, projek rintis gaji progresif mula Jun - KESUMA
Kerajaan sedar gaji minimum sahaja tidak memadai, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana.
Instagram kemas kini algoritma Reels, utamakan kandungan asli
Instagram menyatakan perubahan ini akan memberikan capaian yang sama rata dalam membolehkan kandungan mereka ditonton ramai.
Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kerangka Dasar itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air
Penduduk berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih - Exco
Ia berikutan hasil tindakan segera pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.
AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar.