awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2024
07:45 MYT
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
PBAPP menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang enam jam berkenaan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan di dalam Facebooknya berkata, kawasan yang terlibat ialah Jalan Kampung Terang, Jalan Pulau Betong, Jalan Genting dan Jalan Sungai Nipah.
"Kawasan terlibat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama enam jam bermula malam ini sehingga awal pagi esok.
"Gangguan bekalan air berjadual itu berlaku kerana PBAPP menjalankan ujian sifar tekanan (ZPT) atau valve simulation test di Jalan Sungai Nipah dan Kampung Terang," katanya pada Jumaat.
Tambah PBAPP, pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang enam jam berkenaan.
"PBAPP memohon maaf di atas semua kesulitan ini. Kami akan mengemas kini status gangguan bekalan air berjadual ini menerusi Facebook rasmi PBAPP Penang dari semasa ke semasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#pulau pinang
#Balik Pulau
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan