awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
28/06/2019
01:44 MYT
Gangguan bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya
Menurut Syabas, segala usaha telah diambil bagi meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan terjejas.
Bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas berikutan operasi henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih hampir pulih sehingga 96 peratus setakat 6 pagi ini.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Raof Ahmad berkata segala usaha telah diambil bagi meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan terjejas.
"Setakat ini, bekalan air di 470 kawasan dalam empat wilayah tersebut telah pulih sepenuhnya. Bantuan melalui lori tangki air masih terus digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat masih beroperasi sehingga bekalan pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sejak 5 petang Rabu lepas susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan punca pencemaran yang berada pada jarak 16 km dari muka sauk loji telah dikenal pasti.
Dilaporkan sejumlah 512 kawasan melibatkan 377,141 pelanggan berdaftar di empat daerah terbabit terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah secara berperingkat susulan insiden itu.
Orang ramai boleh merujuk makluman rasmi dan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Kuala Langat
#Loji Rawatan Air Semenyih
#LRA
#masalah air
#Pengurusan Air Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan