awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Paya Terubong, Relau pada 24 September

Bernama
Bernama
18/09/2020
05:01 MYT
Gangguan bekalan air di Paya Terubong, Relau pada 24 September
Pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi. - Gambar hiasan
Kira-kira 10,000 akaun pengguna akan menghadapi gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam, bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam 24 Sept ini, bagi memberi laluan kepada kerja pengalihan saluran paip di Jalan Paya Terubong dan Relau, dekat sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata kerja pengalihan saluran paip air 375 mm MS (keluli lembut) 's-bend' dilakukan di kawasan pembangunan di Jalan Paya Terubong, berhadapan Taman Sri Sari.
"Kerja-kerja pengalihan semula saluran paip perlu untuk memastikan aktiviti pembangunan hartanah di Lot 1087, Jalan Kampung Batak, Sungai Ara (daerah Barat Daya), tidak merosakkan paip air sedia ada di kawasan sekitar.
"Untuk memudahkan semua kerja fizikal ini, PBAPP perlu mengasingkan dan 'menghenti tugas' bahagian saluran paip sedia ada dari persimpangan Jalan Dato' Ismail Hashim hingga ke Pusat Petani Relau, Jalan Paya Terubong," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kawasan terjejas ialah Kampung Relau, Taman Sri Sari, Villa Kejora Apartment, Persiaran Paya Terubong (1, 2, 3, 4 dan 5), Pusat Pertanian Relau, Taman Bendera, Solok Relau (1, 2 dan 3), Lebuh Relau (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10), Lebuh Relau (2/1, 2/2 dan 2/3), Tingkat Relau (2, 4, 6, 8 dan 10), Taman Alor Vista dan Taman Desa Relau.
"PBAPP perlu mengalihkan saluran paip 375 mm MS bagi menjamin bekalan air di semua kawasan sekitar dan pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#paya terubong
#PBAPP
#pengalihan paip
#pengguna
#Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
#pulau pinang
#relau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan