awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Selangor, KL minggu depan

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2019
05:04 MYT
Gangguan bekalan air di Selangor, KL minggu depan
Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai ini. -Gambar fail
Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata penutupan bekalan air itu bagi memberi laluan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan pada jam 9 pagi pada 23 Julai ini.
Kerja-kerja penambahbaikan ini adalah bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Oleh kerana tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan, pengguna boleh menyemak maklumat berkaitan gangguan serta status terkini melalui aplikasi ‘Air Selangor’ di Google Play atau App Store.
Maklumat juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019- 2800919 atau 019-281679 untuk pertanyaan dan bantuan.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1
#LRA SSP1
#Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
#sistem bekalan air
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan