awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Sik, Kuala Muda dijangka pulih petang ini - Exco

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
14/11/2020
08:36 MYT
Gangguan bekalan air di Sik, Kuala Muda dijangka pulih petang ini - Exco
Tiga LRA iaitu LRA Jeniang Lama, LRA Jeniang Baru dan LRA Sungai Pau yang sebelum ini dihenti tugas telah beroperasi semula. -Gambar fail
SIK:Gangguan bekalan air membabitkan 34,200 premis pengguna atau lebih 130,000 penduduk di sekitar daerah Sik dan Kuala Muda sejak Khamis lepas, dijangka kembali pulih selewat-lewatnya petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata tiga loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Jeniang Lama, LRA Jeniang Baru dan LRA Sungai Pau yang sebelum ini dihenti tugas susulan pencemaran sebelum ini telah beroperasi semula.
"LRA Jeniang Lama sudah mula beroperasi 5 petang semalam manakala LRA Sungai Pau pula mula beroperasi kira-kira 12 tengah malam tadi.
"LRA Jeniang Baru pula mula beroperasi kembali pada 9 pagi tadi, dan dijangkakan selewat-lewatnya petang ini semua akaun yang terjejas akan kembali menerima bekalan air," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi tumpahan minyak yang dipercayai menyebabkan pencemaran di tiga LRA berkenaan di Kampung Berona Kiri, dekat sini hari ini.
Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Mohd Suhaimi Mohd Jusoh memaklumkan 34,200 akaun pengguna di Sik dan Kuala Muda mengalami gangguan bekalan air susulan tiga LRA tersebut dihentikan operasi kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada tapak projek memasang 'jacking pipe' yang terletak kira-kira 100 meter dari LRA Jeniang Lama yang dijalankan oleh pekerja sebuah syarikat.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#sik
#kuala muda
#SADA
#pencemaran diesel
#Suraya Yaacob
#ADUN
#Exco
#Kedah
#LRA
#henti tugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan