Beberapa kawasan di Subang Jaya dan Puchong sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan paip air pecah di Batu 13, Kg Kenangan, Puchong.
Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja pembaikan paip air pecah sedang giat dijalankan sejak semalam dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 7.30 malam esok.
Menurutnya, kawasan yang terlibat adalah USJ 1 hingga USJ 15, USJ 16 hingga USJ 27, Kg Kenangan, Jalan Subang 9, Sg Penaga Industrial Park dan Jalan Bandar 1 hingga Jalan Bandar 19 Pusat Bandar Puchong.
"Turut terjejas adalah kawasan di Jalan Merbah 1 hingga Jalan Merbah 3 Bandar Puchong Jaya, Taman Perindustrian Puchong, Taman Sri Puchong, Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong, Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, Kg Sri Langkas, Kg Sri Aman, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Prima," katanya.
Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' dan melayari www.syabas.com.my. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2016
Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' dan melayari www.syabas.com.my. - Gambar fail
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Langat pada 23 April
Gangguan berkenaan kerana kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Dengkil, Bukit Changgang, Sepang.
Gangguan sementara bekalan air di KL, Petaling Selasa ini
Sehubungan itu pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 27 Sept ini.