awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air pulih 97 peratus - Air Selangor

Bernama
Bernama
08/10/2020
13:43 MYT
Gangguan bekalan air pulih 97 peratus - Air Selangor
Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem bagi memulihkan lapan lagi kawasan yang masih terjejas. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebanyak 266 dari 274 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya telah menerima bekalan air penuh dengan peratusan pemulihan pada tahap 97 peratus sehingga 6 petang ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Basri, dalam kenyataan hari ini, berkata Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem bagi memulihkan lapan lagi kawasan yang masih terjejas di wilayah Petaling dan Kuala Langat.
Air Selangor menyarankan agar para pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasminya dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang/Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas selepas berlaku pencemaran sumber air mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Elina Basri
#air
#bekalan air
#Hulu Langat
#Petaling
#Kuala Langat
#Sepang
#Semenyih
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan