awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan elektrik, dua kawasan di Melaka terjejas - TNB

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
27/07/2022
07:05 MYT
Gangguan bekalan elektrik, dua kawasan di Melaka terjejas - TNB
Setakat jam 2.30 petang Rabu, dua lokasi yang dikenal pasti adalah di sekitar Malim Jaya dan Batu Berendam. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Dua kawasan di Melaka turut mengalami gangguan bekalan elektrik susulan insiden sama yang berlaku di beberapa negeri, hari ini.
Pengurus Besar (Hal Ehwal Pemegang Taruh) TNB Melaka dan Negeri Sembilan Ahmad Fadhli Aziz berkata, setakat jam 2.30 petang Rabu, dua lokasi yang dikenal pasti adalah di sekitar Malim Jaya dan Batu Berendam.
“Melaka turut terkesan dengan gangguan bekalan elektrik yang berlaku ketika ini yang mana punca gangguan bekalan yang bermula pada jam 12.39 tengah hari itu sedang dikenal pasti.
“Kerja-kerja pemulihan akan dilakukan secara berperingkat dan kawasan Malim Jaya serta Batu Berendam dalam tindakan untuk dipulihkan,”katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
Media hari ini melaporkan beberapa kawasan di Semenanjung mengalami gangguan elektrik dan menjadi bualan warganet di laman media sosial.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataannya turut memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang melibatkan beberapa kawasan ketika ini melibatkan 10 peratus daripada keseluruhan bekalan.
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW).
TNB pada masa sama memaklumkan, punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Topic Berkaitan
#Gangguan elektrik
#TNB
#Melaka
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan