awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2022
06:28 MYT
Gangguan bekalan elektrik: Libatkan 2.2GW, 10 peratus keseluruhan bekalan - TNB
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW). - Foto TNB
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang melibatkan beberapa kawasan ketika ini melibatkan 10 peratus daripada keseluruhan bekalan.
Menerusi kenyataan di media sosial, TNB berkata gangguan elektrik yang bermula jam 12.39 tengah hari tadi melibatkan 2.2 gigawatt (GW).
"Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.
"Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang," memetik kenyataan tersebut.
TNB pada masa sama memaklumkan, punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
Pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini dan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Tenaga Nasional Berhad
#Lembah Klang
#gangguan keseluruhan bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan