KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi (Selasa) adalah disebabkan masalah teknikal dalaman bangunan lapangan terbang itu.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Idris Mohd Noor berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik daripada pencawang milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA.
Beliau berkata SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku di KKIA pada 9.38 malam tadi dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.
"Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan KKIA dan dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca daripada kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Isu KKIA terputus bekalan elektrik malam tadi tular di media sosial sehingga pelbagai pihak mempersoalkan keberkesanan sistem bekalan elektrik lapangan terbang itu.
Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffrey Nor Mohamed antara yang berkongsi gambar kejadian itu di laman Facebooknya dan menegur pihak terbabit supaya insiden seperti itu tidak memberikan imej yang buruk terutama kepada Sabah yang merupakan tumpuan pelancong bukan sahaja di rantau ini, malah di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Idris (kanan) berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik daripada pencawang milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA. -Bernama
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Kebakaran gudang: SESB dipercayai rugi RM40 juta
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipercayai kerugian kira-kira RM40 juta susulan kejadian kebakaran di gudang penyimpanan kabelnya di Jalan Menggatal dekat sini semalam.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.
Padah curi kabel elektrik, lelaki kritikal melecur
Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik SESB membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di Kota Kinabalu.
SESB laksana catuan elektrik di beberapa kawasan di Sabah
Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.
Petugas SESB bertungkus lumus baiki menara ERS di Ranau - Madius
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Pengguna kuasa elektrik yang besar di Sabah disaran sertai DSM bagi kurangkan beban grid
ECoS menyarankan pengguna kuasa elektrik besar di negeri itu yang mempunyai set janakuasa sendiri untuk menyertai program DSM.
SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau
Sabah Electricity Sdn Bhd garap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.
Dua IPP beroperasi semula, bekal 155MW elektrik ke Grid Sabah - SESB
Dua syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan 155MW tenaga elektrik kepada kepada Grid Sabah.