awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan IT global: MyCERT keluar pemakluman kepada pengguna terjejas

Bernama
Bernama
19/07/2024
13:45 MYT
Gangguan IT global: MyCERT keluar pemakluman kepada pengguna terjejas
MyCERT mengeluarkan pemakluman kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan IT global supaya sentiasa mengikuti pengumuman terkini mengenai isu berkenaan.
KUALA LUMPUR: Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) pada Jumaat mengeluarkan pemakluman kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan IT global supaya sentiasa mengikuti pengumuman terkini mengenai isu berkenaan.
Menurut pemakluman itu, MyCERT menerima maklumat daripada pelbagai sumber mengenai isu berkenaan dengan kemas kini oleh CrowdStrike Falcon Sensor menyatakan gangguan global itu membabitkan Microsoft Windows.
"PC atau host yang menggunakan Microsoft Windows dengan CrowdStrike Falcon mungkin terjejas dan tidak dapat melakukan boot (proses untuk menghidupkan komputer) Windows dengan betul.
"MyCERT menasihatkan pengguna peranti ini untuk sentiasa mengikuti pengumuman keselamatan terkini oleh vendor dan mematuhi dasar keselamatan amalan terbaik untuk menentukan kemas kini mana yang perlu diikuti," menurut MyCERT.
Agensi itu juga berkongsi penyelesaian sementara yang disediakan CrowdStrike seperti berikut -- boot Windows ke dalam mod selamat atau Windows Recovery Environment; navigasi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\CrowdStrike; cari fail sepadan dengan "C-00000291*.sys" dan padamkan; dan boot host seperti biasa.
Terdahulu, media melaporkan bahawa institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan siber itu.
CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan peranti serta menganalisis ancaman dan serangan siber.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan IT global
#MyCERT
#pemakluman
#pengguna terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan