awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB

Bernama
Bernama
17/07/2024
21:00 MYT
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti 'flushing' di kawasan kampung terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Gangguan kualiti air yang berlaku di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh dan sekitarnya adalah bersifat sementara dan bukannya sedekad sebagaimana dakwaan penduduk.
Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sumber bekalan air di kawasan berkenaan adalah daripada Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, yang mengagihkan bekalan air ke Tangki Bukit Jawa sebelum disalurkan kepada 452 akaun pengguna di kampung tersebut.
"Gangguan kualiti air dikesan berpunca daripada sistem proses LRA Merbau Chondong yang merawat air mentah mengandungi parameter ferum dan manganese yang tinggi, sekali gus menjejaskan keupayaan bekalan dan kualiti air semasa," katanya.
Menurutnya AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan kampung terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
"Bagi tindakan jangka panjang, kerja-kerja membaik pulih sistem proses yang lama di LRA Merbau Chondong akan dilakukan dan dijangka mengambil masa dua tahun melibatkan kos sebanyak RM10 juta.
AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau PINTAS di talian 15777.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKSB
#bekalan air
#gangguan air
#Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan