awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual: Bukan persoal motif Pandelela, saya cuma mahu tahu perincian - Ahmad Faizal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/10/2021
04:29 MYT
Gangguan seksual: Bukan persoal motif Pandelela, saya cuma mahu tahu perincian - Ahmad Faizal
Semalam, Ahmad Faizal dilaporkan berkata, beliau mahu tahu kenapa insiden itu dibangkitkan ketika ini selepas tujuh tahun ia berlalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempersoalkan niat ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menimbulkan kembali insiden gangguan seksual, seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu Dewan Rakyat hari ini, apa yang beliau maksudkan sebenarnya, adalah keperluan untuk mengetahui perincian yang menyebabkan timbul semula pendedahan terbabit, serta status terkini siasatan yang sedang berjalan.
Katanya lagi, kenyataan beliau pada sidang media semalam, yang menimbulkan kemarahan ramai pihak, sebenarnya telah diterbitkan di luar konteks.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar pihak terbabit merujuk perkongsian klip penuh sidang media terbabit.
“Apa yang cuba saya lakukan (maksudkan) ialah mendengar terlebih dahulu dari semua pihak sebelum saya boleh beri penjelasan, itu yang saya sebut dalam sidang media.
"Saya dah muat naik (klip penuh) dalam Facebook saya, untuk semua dengar sendiri apa yang saya katakan.
“Saya mesti memastikan kejadian buruk (yang telah berlaku) kepada Pandelela, (tidak lagi berlaku) kepada mana-mana atlet terkesan, kerana kita mesti pertahan anak-anak kita,” katanya lagi.
Its okay YB @PejaOfPerak , I understand the whole scenario now after watching this video. The male reporter who questioned you raised some red flag though. https://t.co/2qXyc2lJ82
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 26, 2021
BACA: Rogol bukan lawak: Pandelela dedah jurulatih terpalit kes rogol 'dilindungi'
Saya tidak langsung mempersoalkn apa yg diadukn oleh @Pandelela_R apa yg saya katakn adalh utk mngetahui lebih lanjut apa yg berlaku.This is a very serious matter, we must ensure a safe environment for our athletes at all levels. Lela Im with you. https://t.co/oQINDScFg4
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) October 26, 2021
Terdahulu, Gobind Singh Deo membangkitkan Peraturan Mesyuarat 12(1), mepersoalkan peranan Ahmad Faizal selaku menteri yang seolah-olah tidak memberi sokongan yang diperlukan Pandelela dan atlet wanita, dalam usaha mengekang insiden gangguan seksual.
Ahli Parlimen Puchong itu mempersoalkan kenyataan Ahmad Faizal yang bertanya mengapa insiden itu ditimbulkan kembali dan turut mengingatkan beliau bahawa tiada had masa ditetapkan dalam undang-undang Jenayah.
“Tada had masa untuk aduan khususnya, aduan membawa kepada masalah jenayah, there is no time limitation in criminal laws.
“Kalau ada aduan, walaupun lama, seharusnya diambil tindakan. You as a minister should set the example, stand up and support the athletes,” kata Gobind lagi.
Sebuah portal semalam melaporkan Ahmad Faizal sebagai berkata, beliau mahu mengetahui mengapa insiden itu dibangkitkan kini selepas tujuh tahun berlalu.
Namun, berdasarkan kenyataan penuh dalam sidang media terbabit, beliau dilaporkan berkata:
“Saya sudah mula buat panggilan sendiri secara peribadi. Sebagai menteri saya sudah jumpa beberapa atlet, saya tanyakan tentang perkara ini dan sebagainya. Mungkin tak sesuai untuk saya hebahkan perkara ini.
“Tetapi saya hanya mahu memahami situasi keseluruhannya, kenapa tiba-tiba pula setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluarkan kenyataan melalui kenyataan beliau.
"Saya juga ingin menghubungi mantan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) sebab saya percaya dia juga mempunyai pandangan atau maklumat tentang perkara ini," tambahnya.
Pada 21 Okt lepas. Pandelela mendedahkan beliau pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.
Jelas pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa kerana bimbang dan berasa takut.
Susulan laporan portal mengenai kenyataan ringkas Ahmad Faizal semalam, Pandelela memberi respons, "Others may forget, but not the victim" (Orang lain mungkin boleh melupakannya, tetapi tidak bagi mangsa).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Ahmad Faizal Azumu
#Pandelela Rinong
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan