Pemberian diskaun tanpa tuntutan (NCD) bagi bayaran premium insurans kenderaan kepada pemandu berhemah yang bakal dilaksanakan kerajaan bermula tahun depan dilihat sebagai peluang terbaik untuk pemandu menjadikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya sebagai satu budaya.
Pakar Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata beliau melihat perkembangan itu sebagai satu nilai positif ke arah pengurangan kadar kemalangan maut dan cedera parah.
Menurutnya, ia juga akan menjadi satu bentuk pulangan semula dengan pengiktirafan kepada pengguna jalan raya yang secara konsisten mematuhi peraturan ditetapkan.
"Salah satu sebab kita kena patuh undang-undang adalah perlunya pemanduan yang berhemah kerana kelajuan itu sendiri meningkatkan risiko kematian atas jalan raya.
"Bayangkan semua kenderaan dengan kelajuan yang sama, tak ada orang memandu sesuka hati. sudah tentu tidak akan berlaku kemalangan sebab semua orang mengikut peraturan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menjelaskan punca berlaku perlanggaran apabila wujud konflik disebabkan pemanduan yang gagal mengikut tahap kelajuan ditetapkan.
"Kelajuan yang sama tidak akan ada konflik. Dengan kelajuan yang lambat atau laju, kita telah mencipta konflik yang mengganggu pergerakan kenderaan. Bila konflik berlaku, risiko untuk perlanggaran berlaku meningkat.
"Jika berlaku kemalangan pada kelajuan yang telah ditetapkan, risiko untuk cedera parah atau kemalangan maut juga akan berkurangan," katanya.
Sinar Harian
Wed Oct 09 2019

Shaw Voon berkata beliau melihat perkembangan itu sebagai satu nilai positif ke arah pengurangan kadar kemalangan maut dan cedera parah. -Foto Sinar Harian

10 Berita Pilihan - (02 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Polis lepas gas pemedih mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOSTI mulakan projek penjejakan vaksin dengan teknologi Blockchain
MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama KKM, telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.

Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA
Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: 1,555 kes baharu, enam kematian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sinar pemulihan ekonomi sudah kelihatan - Tokpa
Sinar di penghujung terowong sudah kelihatan semakin cerah dalam usaha Malaysia kembali bangkit dan melangkah yakin dalam kehidupan pasca pandemik COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, ia berdasarkan beberapa faktor yang berhubung kait antara penerimaan suntikan vaksin dan perkembangan positif ekonomi dunia.

Ganjaran NCD kurangkan risiko kemalangan maut
Ia juga akan menjadi satu bentuk pulangan semula dengan pengiktirafan kepada pengguna jalan raya yang secara konsisten mematuhi peraturan ditetapkan.