awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung AP jika bersekongkol dengan kartel daging import haram palsu label halal

Bernama
Bernama
21/12/2020
08:27 MYT
Gantung AP jika bersekongkol dengan kartel daging import haram palsu label halal
Kiandee menegaskan kementeriannya dan Jakim sentiasa mengaudit daging dan ayam yang dibawa masuk ke negara ini.
SERDANG:Pemegang Permit Import (AP) yang terbukti bersekongkol dengan kartel daging import haram akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung lesen, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Buat masa ini, katanya siasatan berhubung kartel daging import haram itu termasuk sekiranya terdapat pemegang AP dan penjawat awam terlibat sedang dijalankan oleh pihak berwajib.
"Biar siasatan dibuat dahulu dan apabila ia selesai, tindakan selanjutnya akan diambil ini termasuk menggantung AP sekiranya terbukti bersalah," katanya mengenai tindakan yang akan diambil kepada pemegang AP sekiranya terlibat dalam kartel daging import haram.
BACA: Taktik kartel seludup daging beku, guna cap halal palsu terbongkar
BACA: SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
Beliau yang ditemui media selepas merasmikan Persidangan Pertanian Digital Kebangsaan (DigAc) 2020 di sini hari ini berkata isu penyeludupan daging import haram itu merupakan perkara yang serius dan perlu segera dibanteras.
Kiandee dalam pada itu menegaskan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengaudit daging dan ayam yang akan dibawa masuk ke negara ini bagi memastikan ia berstatus halal.
Media hari ini melaporkan kartel mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui halal dan kualitinya, dipercayai 'membeli' beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.
Sebelum ini, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kartel
#daging import
#label halal palsu
#tindakan tegas
#batalkan AP
#Menteri Pertanian dan Industri Makanan
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan