IPOH: Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata laporan diterima pihaknya daripada mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang berkhidmat sebagai tentera, menyatakan dia bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali selepas selesai solat asar kira-kira 5.10 petang.
"Secara tiba-tiba, suspek telah menampar belakang kepala mangsa dan terkena telinga sebelah kanan dengan kuat menyebabkan dia mengalami kesakitan di bahagian tersebut.
"Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku gara-gara mangsa tidak memandang muka lelaki tersebut semasa bersalaman menyebabkan dia berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Omar berkata kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"Hasil rakaman percakapan yang diberikan, anggota tentera itu tidak mahu untuk meneruskan siasatan dan menarik semula laporan tersebut. Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut," katanya.
Sebelum ini tular di Twitter menerusi sebuah video berdurasi 37 saat itu yang memaparkan kejadian seorang lelaki memukul kepala seorang jemaah di sebuah masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di masjid. - Foto Sinar Harian/media sosial
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki ditahan tampar petugas kesihatan ambil sampel jentik-jentik
Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru.
Penganggur didenda RM4,500 tampar dua lelaki, rosak telefon bimbit
Majistret S. Arunjothy menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau 14 hari penjara terhadap Ong Hock Shin, 54, selepas dia mengaku bersalah.
Tindakan menampar boleh disabit kes jenayah
Hukuman penjara selama satu tahun maksimum dan/atau denda RM2,000 boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.
Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock
Willow berkata dia berasa sedemikian kerana dia melihat keluarganya sebagai manusia biasa.
Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di masjid.
Suspek tampar, buli remaja OKU direman tiga hari
Motif berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa yang berusia 13 tahun itu.
Masak jam 5 pagi, wanita ditampar rakan serumah sebab bising
Kejadian dipercayai berpunca daripada bunyi bising di bahagian dapur yang menanggu rakannya yang sedang tidur.
Presiden Perancis Emmanuel Macron ditampar di khalayak ramai
Emmanuel Macron ditampar di muka oleh seorang lelaki semasa lawatannya ke sebuah bandar di tenggara Perancis.
Kes dera kanak-kanak di pusat tahfiz, suami isteri akan didakwa
Polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
Polis buka kertas siasatan murid tahun satu ditampar guru di Kulai
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung seorang murid lelaki tahun satu mengalami kecederaan di bahagian mulut dipercayai akibat ditampar seorang guru lelaki