awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital

Bernama
Bernama
16/02/2024
08:55 MYT
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Kebocoran gas ammonia dikenal pasti berlaku pada injap tangki penyimpanan gas tersebut. - Gambar/ JBPM
SHAH ALAM: Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.
Beliau berkata mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an, telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya.
"Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT)," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebocoran gas
#gas ammonia
#kawasan kilang
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan