Seramai 220 murid memulakan sesi pendaftaran dan orientasi persekolahan tahun satu di Sekolah Kebangsaan Mergong Alor Setar, Kedah.

Pelbagai ragam manja dan gelagat murid-murid yang mencuit hati dapat dilihat ketika ditemani ibu-bapa masing-masing.

Ada yang teruja mendapat kawan baru hingga tidak sabar untuk belajar.

Ada juga segelintir yang sugul dan bimbang ditinggalkan ibu-bapa.

Pada masa sama murid-murid lain tekun melukis dan mendengar taklimat dari guru kelas.

Mereka tidak berasa takut kerana sebelum ini pernah ke pra-sekolah.

Walaupun masih baru di alam persekolahan mereka bercita-cita tinggi untuk berjaya dan menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kepada anak-anak ini mereka percaya melalui ilmu mereka boleh ubah nasib masing-masing pada masa depan.