awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelembung pelancongan: Perak tidak tergesa-gesa buka Pulau Pangkor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/09/2021
07:37 MYT
Gelembung pelancongan: Perak tidak tergesa-gesa buka Pulau Pangkor
Selain Pulau Pangkor, Perak juga berhasrat untuk membuka beberapa lagi destinasi pelancongan seperti di Royal Belum, Hulu Perak dan Kinta. - Bernama
MANJUNG: Perak tidak akan tergesa-gesa untuk melaksanakan gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor walaupun mendapat permintaan tinggi.
Sebaliknya, kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk melihat hasil program percubaan yang dilaksanakan di Langkawi.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sekiranya program di Langkawi berjaya, pakej gelembung yang sama akan dilaksanakan di Pulau Pangkor.
"Kita tak mahu tergesa-gesa walaupun tahu permintaan tinggi, kita bersabar dulu seminggu saja lagi. KIta tengok apa yang berlaku di Langkawi dulu, lepas itu kita akan bermesyuarat, sebab saya difahamkan Melaka dan juga Genting Highland juga telah benarkan (pembukaan untuk pengunjung)," ujar beliau.
Beliau ditemui selepas melawat kawasan terjejas ribut di daerah Manjung pada Ahad.
Menurutnya, beberapa perkara lain perlu diambil kira di Pulau Pangkor seperti penduduk setempat dan peniaga, supaya tidak berlaku jangkitan baharu COVID-19.
Katanya, adalah amat malang jika jangkitan baharu itu berlaku kerana ia mungkin boleh menyebabkan seluruh negeri Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain Pulau Pangkor, Perak juga berhasrat untuk membuka beberapa lagi destinasi pelancongan seperti di Royal Belum, Hulu Perak dan Kinta.
Topic Berkaitan
#gelembung pelancongan
#Pulau Pangkor
#Kerajaan Negeri Perak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan