awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang air pasang besar landa Kuala Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/11/2021
21:44 MYT
Gelombang air pasang besar landa Kuala Kedah
Tinjauan pada jam 11.30 malam tadi mendapati, air laut sudah memasuki kawasan pasar di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah. - Foto ihsan JBPM Kedah
ALOR SETAR: Gelombang air pasang besar mula melanda daerah Kuala Kedah tengah malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan mula ditenggelami air.
Pemantauan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar pada jam 11.30 malam tadi mendapati, air laut sudah memasuki kawasan pasar di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mind Zain berkata, pihaknya siap sedia bagi menjalankan operasi sekiranya menerima panggilan menyelamatkan penduduk terperangkap banjir.
"Setakat ini kita sudah memberi arahan kepada anggota beberapa BBP di lokasi yang dikenal pasti akan berlaku air pasang besar untuk sentiasa melakukan pemantauan di kawasan pantai dan sungai.
"Di Kuala Kedah, kita meletakkan anggota dari BBP Alor Setar dan Jalan Raja untuk melakukan pemantauan manakala BBP Yan, Guar Chempedak dan Sungai Petani pula bersedia melakukan pemantauan di kawasan Yan dan Pantai Murni.
"BBP Tikam Batu dan Kulim pula diletakkan untuk pemantauan di kawasan Kuala Muda," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Fenomena air pasang besar setinggi 3.1 meter dijangka berlaku antara 4 hingga 7 November ini.
Foto JBPM Kedah
Foto JBPM Kedah
BACA: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
BACA: Bomba selamatkan kanak-kanak 12 tahun terperangkap di tengah sungai
BACA: Banjir Kedah: Fenomena air pasang akibatkan banjir semakin buruk
Foto JBPM Kedah
Foto JBPM Kedah
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#Kuala Kedah
#Mohamadul Ehsan Mind Zain
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan