awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang haba melampau semakin ancam kesihatan - Pakar

Bernama
Bernama
19/07/2025
22:00 MYT
Gelombang haba melampau semakin ancam kesihatan - Pakar
Hoe berkata, apabila suhu global dan tahap kelembapan terus meningkat, kejadian suhu tinggi yang berbahaya kini semakin kerap berlaku. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perubahan iklim mendorong kejadian gelombang haba yang semakin kerap dan melampau, sekali gus menimbulkan cabaran yang semakin besar terhadap kesihatan manusia, menurut seorang pakar perubatan yang menggesa agar metrik dan kriteria penilaian dikemas kini, lapor Xinhua.
Apabila gelombang haba melanda, adalah penting untuk tidak hanya bergantung kepada suhu yang tertera pada termometer biasa, sebaliknya memberi perhatian kepada "suhu global bebuli basah" yang mengambil kira pelbagai faktor seperti suhu, kelembapan, kelajuan angin dan haba sinaran.
Metrik ini memberikan gambaran lebih tepat tentang ancaman sebenar suhu tinggi terhadap kesihatan manusia, kata Dr Victor Hoe Chee Wai dari Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dalam satu temu bual eksklusif bersama Xinhua baru-baru ini.
Beliau menjelaskan bahawa termometer bola basah dihasilkan dengan membalut termometer biasa menggunakan kain basah dan diletakkan dalam aliran udara. Proses penyejatan air akan menyejukkan termometer itu, menghasilkan bacaan suhu yang lebih rendah berbanding termometer biasa.
Berbeza dengan suhu udara standard yang dikenali sebagai "suhu mentol kering", suhu global bebuli basah lebih tepat dalam mencerminkan kesan tekanan haba persekitaran terhadap kesihatan, terutamanya dalam situasi luar bangunan atau pekerjaan yang terdedah kepada cuaca.
Hoe menekankan bahawa perkara ini amat penting bagi Malaysia, sebuah negara tropika yang terletak berhampiran khatulistiwa, dengan suhu tinggi dan kelembapan yang berterusan sepanjang tahun, serta purata suhu tahunan antara 21 hingga 32 darjah Celsius.
Beliau turut menyatakan bahawa apabila suhu global dan tahap kelembapan terus meningkat, kejadian suhu tinggi yang berbahaya kini semakin kerap berlaku, dan kawasan yang sebelum ini beriklim lebih sejuk juga tidak lagi kebal daripada kesannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#cuaca melampau
#kesihatan
#Victor Hoe Chee Wai
#termometer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan