PADA hari Jumaat, 24 Jun 2021, pakar penyelidik kesihatan Datuk Dr Amar Singh HSS telah menerbitkan rencana bertajuk “Beware The Fifth Wave Of Covid-19” atau Waspada Gelombang Ke 5 COVID-19 di sesawang Code Blue.
Penulisan ini menggerakkan Biro Penyelidikan Pejuang untuk menganalisa risiko Gelombang ke-5 melanda Malaysia.
Malangnya, kajian menunjukkan memang wujud risiko berlakunya Gelombang Ke-5 COVID-19, antara lain kerana kadar penurunan kes baru yang masih agak perlahan, kadar ujian jangkitan yang masih rendah dan risiko varian-varian baru menular.
Biro Penyelidikan Pejuang juga bersetuju dengan pendapat Datuk Dr Amar yang jika benar lonjakan jangkitan berlaku semula dalam tempoh beberapa minggu ini, Gelombang ke-5 pasti lebih parah dari apa yang sudah pun dialami oleh negara kita setakat ini, terutama sekali dari segi jumlah jangkitan dan kematian.
Senario ini pasti mencemaskan masyarakat yang masih lagi melalui keperitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malah Gelombang ke-4 pun belum selesai lagi!
Pemerhatian Datuk Dr Amar tidak boleh dipandang ringan berdasarkan ketepatan kajian dan lontaran pendapatnya tentang penularan wabak COVID-19 di Malaysia sebelum ini.
Antara lain, beliau pernah mengetengahkan analisa peningkatan kadar kematian Covid-19 yang semakin mendadak sebagai amaran wabak tersebut belum terkawal beberapa minggu sebelum Gelombang ke-4 diakui kerajaan.
Antara faktor yang mengesahkan wujudnya risiko Gelombang Ke-5 adalah;
1. Kadar penurunan jangkitan harian yang agak melandai, terutama bila dianalisa berdasarkan purata 7-hari.
Unjuran data menunjukkan kadar jangkitan harian akan mengambil masa lebih dari 2 bulan, yakni berkemungkinan sehingga awal bulan September (seperti di bawah), untuk turun ke tahap 4,000 jangkitan sehari.
Ini jauh lebih lewat sasaran Pelan Pemulihan Negara kerajaan yang ia boleh dicapai menjelang akhir bulan Jun ini!
Ia juga menjadi tanda amaran yang kadar jangkitan boleh kembali melonjak naik jika kita leka dan tidak waspada.
2. Pelaksanaan program vaksinasi sedia-ada dengan sendiri tidak akan sempat menghalang penularan semula;
a. Merujuk purata pemberian vaksin minggu ini, sekitar 220,000 dos vaksin mampu diberikan oleh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam sehari.
Kadar ini masih terlalu rendah untuk mencapai sasaran Pelan Pemulihan Negara dan menurut pelbagai laporan, ia kini dikekang masalah kapasiti atau dibelenggu isu bekalan vaksin mencukupi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
b. Pendapat pakar-pakar bahawa mereka yang sudah pun lengkap menerima (2 dos) vaksin mungkin perlu menerima ‘booster’ atau suntikan tambahan sekitar 6 bulan ke setahun kemudiannya. Ini bermaksud, ‘front-liners’ kita yang sudah pun menerima vaksin pada bulan Mac 2021 mungkin memerlukan suntikan vaksin semula dalam beberapa bulan lagi!
Padahal ramai lagi pada masa itu belum lagi menerima dos pertama vaksin sekalipun.
c. Berdasarkan kedua-dua faktor di atas, dikhuatiri sasaran PICK menurut Pelan Pemulihan Negara sekali lagi tidak mungkin tercapai.
Kerajaan mungkin mencapai sasaran 10% dari 26 juta penduduk dewasa menerima vaksinasi penuh menjelang awal Julai 2021, yakni cuma sedikit tergendala dari sasaran akhir Jun, tetapi sasaran berikutmya, 40% menjelang akhir Ogos 2021 amatlah mencabar, apatah lagi ‘herd immunity’ atau imuniti berkelompok bagi seluruh negara menjelang akhir tahun!
3. Kadar positif ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 terlalu tinggi dengan lebih 6.5% dari yang diuji dikesan positif sejak sebulan lepas.
Ini menunjukkan ujian saringan yang dilaksanakan tidak mencukupi untuk mengesan para pesakit dan pembawa virus COVID-19, sekali gus meningkatkan risiko penularan oleh mereka yang tidak dikesan.
Ujian PCR harus ditingkatkan atau sekiranya ada kekangan, di tampung dengan perlaksanaan ujian ‘Antigen Rapid Test Kit’ (RTK-Ag) yang walaupun kurang tepat, cukup murah sebagai ujian saringan pertama.
Kerajaan sewajarnya menyasarkan kadar positif di bawah paras 5% dari ujian PCR bagi memberi keyakinan bahawa kesemua pesakit atau pembawa virus COVID-19 yang aktif dapat dikesan dengan sebaiknya.
4. Risiko mutasi baru COVID-19 yang menunjukkan tahap keboleh-jangkitan lebih tinggi seperti Varian Delta di India.
Kajian awal dari Australia yang merujuk kepada Varian Delta+ pula mendapati jangkitan tidak lagi memerlukan 15 minit, tetapi pertembungan selama 10 saat sahaja cukup untuk jangkitan berlaku!
a. Ini bermaksud masyarakat tidak boleh leka dalam berinteraksi walau seketika malah perlu bukan sekadar ‘patuh SOP’ tetapi membudayakan tabiat-tabiat selamat sesuai dengan norma baru.
Namun pembudayaan tersebut jelas belum berlaku, seperti terlihat sejurus sebelum PKP 3.0 dilaksanakan, baik di sekolah, tempat kerja mahupun pasar serta bazar.
b. Risiko mutasi atau varian baru ini jugalah seharusnya menjadi punca kerajaan menilai semula pelan melonggarkan PKP seperti menurut Pelan Pemulihan Negara.
Pelan tersebut mungkin terlalu agresif dan hasil melonggarkan PKP akhirnya adalah Gelombang ke-5 COVID-19 yang diperkatakan.
5. Masalah sosial yang semakin melonjak sepanjang PKP 3.0, seperti kenaikkan kes dera serta pembunuhan diri, terutama sekali akibat tekanan kewangan, juga membawa risiko penularan semula.
Rakyat mungkin dengan sendirinya tertekan untuk melanggar arahan PKP kerana terpaksa mencari rezeki.
Peralatan asas untuk melindungi diri dari penularan seperti topeng muka dan cecair pembersih atau ‘sanitizer’ juga mungkin mula diabaikan akibat keperluan berbelanja untuk makan-minum, sewa rumah dan sebagainya.
Apatah lagi apabila PKP dilanjutkan?
a. Kerajaan perlu lebih perihatin akan risiko ini serta melaksanakan inisiatif seperti Moratorium Otomatik bagi para peminjam sehinggalah tercapainya Imuniti Kelompok.
Selain itu, perlanjutan program i-Sinar, penurunan kos elektrik, air serta internet dan pelbagai ide lain haruslah dilaksanakan segera.
Malah mekanisma bantuan makanan asas yang lebih berstruktur wajib dipertimbangkan bagi seluruh masyarakat.
b. Selain bantuan kewangan serta fizikal, sokongan kerohanian juga diperlukan.
Tanpa sokongan komuniti masjid, kuil, gereja dan sebagainya sewaktu PKP, tiang seri keharmonian majoriti besar masyarakat Malaysia seolah-olah hilang.
Selain itu, sistem kebajikan masyarakat baik awam mahupun swasta terus tertekan dalam usaha menampung tekanan jiwa semakin ramai rakyat.
Ini perlu perhatian tertumpu kerajaan. Cabaran COVID-19 memerlukan perhatian berterusan, kecekalan jiwa masyarakat, pembudayaan norma baru agar lebih selamat dan penggembelingan usaha kita semua oleh kepimpinan yang mantap.
Kita tidak boleh sesekali leka atau terlalu yakin dengan pelan yang sedia-ada kerana risikonya adalah lebih ramai menempah maut.
Semoga kerajaan, atau bakal penggantinya, boleh mempertimbangkan penambah-baikan di atas agar kita dapat bersama-sama bukan sekadar mengelak dari berlakunya Gelombang Ke-5, malah berupaya merdeka dari belenggu COVID-19.
* Penulis Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi merupakan Ketua Biro Penyelidikan, Parti Pejuang Tanah Air
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Sun Jun 27 2021
Kita tidak boleh sesekali leka atau terlalu yakin dengan pelan yang sedia-ada kerana risikonya adalah lebih ramai menempah maut. - Foto BERNAMA
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.
Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,477,888 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 16 juta dewasa di Malaysia terima dos penggalak vaksin COVID-19
Sejumlah 22,963,644 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.
Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,425,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Hampir 200,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,371,120 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, atau 38.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
44,376 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
COVID-19: 15.85 juta populasi dewasa lengkap dos penggalak
Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.