Gelombang 'Keamanan Sejagat' perlu dimulakan untuk menghentikan sebarang persengketaan mahupun peperangan yang melibatkan mana-mana negara di dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Hussein.
Katanya Malaysia boleh memulakan usaha itu untuk memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang rakus ke arah perpecahan.
"Kita mahu keamanan sejagat dimulakan bukan hanya memberi tumpuan kepada kekejaman Israel di Gaza. Kalau kita boleh gerakkan satu gelombang 'We Want Peace', ia boleh dijadikan contoh untuk diamalkan negara lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Persidangan Kanak-kanak 'Children for Child Protection 2012' yang dihadiri lebih 500 peserta di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk seorang pemimpin Palestin dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 200 yang lain.
Katanya masyarakat negara ini harus bersyukur kerana kanak-kanak di sini dapat hidup dan membesar dengan aman, berbanding kanak-kanak Gaza yang berdepan dengan cabaran getir setiap hari.
Sementara itu, Hishammuddin turut mengulas penahanan dua lelaki Malaysia di Melbourne, Australia kerana didakwa menganggotai satu sindiket antarabangsa untuk menghasilkan dokumen palsu.
"Kita mempunyai kerjasama rapat dengan Australia dan risikan mereka...kalau sekiranya ia hanya berhubung kait dengan pasport palsu saya tak bimbang sangat tetapi kalau pasport palsu tu ada kaitan dengan keganasan, itu menjadi isu yang serius," katanya.
Hishammuddin bagaimanapun berkata beliau belum mempunyai laporan terkini mengenai kes itu.
Mengenai isu lain, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menyelar tindakan PAS yang berdoa supaya Umno dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan sambil menegaskan ada had dan batasan dalam melakukan sebarang tindakan.
"Kalau musuh politik pun saya rasa ada had dan batasannya dalam kita hendak menggunakan agama," katanya sambil meminta anggota BN tidak melakukan perkara yang sama.
Beliau membayangkan pembangkang akan meningkatkan serangan bersifat peribadi ke atas program-program yang dilaksanakan kerajaan untuk kebajikan rakyat
Bernama
Mon Nov 19 2012
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin diharap dapat kembalikan tumpuan kepada isu penting - GPS
Menurut Alexander Nanta Linggi, isu utama ketika ini ialah kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara.
Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.
Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.
Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin
Larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Malaysia akan umum aset pencarian dasar laut tidak lama lagi
Aset akan dikerahkan selepas kajian batimetri - atau pemetaan dasar laut di kawasan pencarian selesai dijalankan.
Liputan media menurun selepas pencarian MH370 berlarutan
Liputan media berhubung pencarian pesawat MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-46.
MH370: Mulakan satu inkuiri parlimen antarabangsa- DAP
Kerajaan Malaysia diminta memulakan 'inkuiri yang melibatkan parlimen antarabangsa ke atas kes Penerbangan Malaysia pesawat MH370.
MH370: "Pencarian akan mengambil masa yang lama"
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.
"Tiada alasan kukuh dakwaan kumpulan Chinese Martyr Brigade" - Hishammuddin
Kumpulan itu telah mendakwa merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu.
Sah ada tompokan minyak di perairan Vietnam, tetapi tiada serpihan pesawat
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.