Beberapa kawasan rendah berhampiran pesisir pantai di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor akan terjejas dengan gelombang kedua fenomena air pasang besar yang dijangka melanda selama lima hari bermula Ahad ini.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran, Arman Mokhtar berkata antara kawasan dikenal pasti terlibat ialah Pantai Sabak dan Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu, Terengganu di pantai timur.
Sementara di pantai barat melibatkan kawasan Kuala Muda di Kedah dan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Selangor, katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat.
"Bagaimanapun, fenomena ini hanya akan menjadi lebih buruk sekiranya diiringi kehadiran angin kencang, ribut dan ombak besar terutama sekali di pantai timur Semenanjung yang sedang mengalami musim monsun timur laut, manakala di bahagian pantai barat pula dalam fasa peralihan monsun.
"Musim monsun di kawasan terbabit kebiasaannya membawa angin kencang dan hujan lebat sekali gus dikhuatiri menghasilkan gelombang ombak lebih kuat daripada kebiasaan sewaktu fenomena air pasang besar melanda nanti," katanya.
Gelombang pertama fenomena air pasang besar yang berlaku pada 16 hingga 19 Okt lalu menjejaskan beberapa negeri terutama di Selangor dengan hampir 500 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Zaitun Ab Samad berkata pihaknya menjangkakan paras kenaikan air pada gelombang kedua tidak setinggi gelombang pertama.
"Ketika ini (November) kedudukan bumi berada paling hampir dengan bulan dan mengikut ramalan air pasang surut menunjukkan paras air pada bulan ini lebih rendah berbanding paras ketika gelombang pertama melanda pada bulan lepas.
"Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor seperti kekuatan angin dan lokasi sesebuah kawasan itu sendiri, penduduk tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Beberapa kawasan rendah berhampiran pesisir pantai di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor akan mengalami fenomena air pasang besar.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.
Banjir Mersing: Penduduk sifatkan terburuk dialami dalam 5 tahun
Banjir yang melanda daerah Mersing pada ketika ini, disifatkan yang terburuk pernah dialami, sejak tempoh lima tahun.
Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Fenomena air pasang besar terkawal - Bomba
Tinjauan di Pelabuhan Klang dan beberapa kampung mendapati air dilihat sedikit tinggi pada jam 7.15 pagi hingga ke 7.45 pagi.
Komuniti maritim di Kedah diingatkan berwaspada fenomena air pasang besar
Keadaan laut juga berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 1.5 sehingga 2.5 meter.
Fenomena air pasang besar landa empat negeri mulai 4 Nov
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
'Tandas, bilik mandi pun hanyut'
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar mengakibatkan hakisan lebih teruk berlaku.
Kuching dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan luar biasa bersama fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dinaiki air awal pagi tadi.