awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad

Bernama
Bernama
08/12/2022
07:09 MYT
Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad
PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai.
"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai," katanya.
Maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Hidrografi Nasional
#fenomena air pasang besar
#cuaca semasa
#kawasan pesisir pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan