awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas
Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gemini AI guna 800 kali ganda tenaga berbanding Google Search

Amanz
Amanz
22/08/2025
05:30 MYT
Gemini AI guna 800 kali ganda tenaga berbanding Google Search
Carian Gemini menggunakan tenaga 800 kali ganda lebih tinggi dan menghasilkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida berbanding carian Google Search tradisional. -Amanz
ADAKAH penggunaan kecerdasan buatan (AI) bermoral dan baik untuk alam sekitar?

Ringkasan AI
  • Penggunaan AI seperti Gemini mempunyai kesan alam sekitar kerana ia menggunakan tenaga, menghasilkan karbon dioksida, dan menggunakan air walaupun dalam jumlah kecil bagi setiap carian.
  • Carian Gemini menggunakan tenaga 800 kali ganda lebih tinggi dan menghasilkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida berbanding carian Google Search tradisional.
  • Walaupun tidak sepenuhnya mesra alam, Google telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon Gemini secara signifikan melalui peningkatan kecekapan sistem.

Ini ialah perdebatan yang sedang hangat dilakukan khususnya di Malaysia kerana kita antara negara yang akan terkesan teruk disebabkan oleh perubahan iklim.
Google akhirnya berkongsi anggaran penggunaan tenaga, pelepasan karbon dan penggunaan air apabila setiap kali soalan ditanya kepada Gemini dengan ia mengesahkan apa yang disyaki selama ini ternyata benar.
Anggaran pengguna tenaga median apabila aplikasi Gemini digunakan ialah 0.24 Wh, mengeluarkan 0.03 gram setara karbon dioksida (gCO2e), dan menggunakan 0.26 mililiter (lima titik air). Ini bersamaan menggunakan TV kurang daripada 9 saat atau menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 1 saat.
Sekilas pandang nampak seperti ia bukanlah penggunaan tenaga yang besar. Namun begitu dalam data yang diterbitkan Google sebelum ini, satu carian Google Search hanya memerlukan 0.0003 kWh kuasa dan melepaskan 0.2 gram karbon dioksida.
Dari sudut penggunaan tenaga sahaja, satu cari Gemini menggunakan 800 kali ganda tenaga satu carian Search tetapi mengeluarkan hampir 7 kali ganda karbon dioksida.
Kaveat di sini ialah angka penggunaan tenaga carian Search di atas adalah dari tahun 2009.
Penggunaan tenaga sekarang mungkin lebih rendah (kerana pusat data Google semakin lestari) tetapi mungkin juga lebih tinggi sekarang kerana mereka telah mengaktifkan AI Overviews dan AI Mode kepada pengguna global sejak semalam.
Google juga berkata jika dibandingkan dengan data setahun lalu, penggunaan tenaga median carian Gemini berjaya dikurangkan 33 kali ganda dan pelepasan karbon dioksida pula dikurangkan 44 kali ganda.
Pengurangan mendadak dilakukan menerusi peningkatan kecekapan pada perisian dan perkakasan.
Jadi adakah penggunaan Gemini baik untuk alam sekitar? Jawapannya tidak tetapi ia masih lebih hijau berbanding menggunakan kenderaan bermotor atau menonton TV sepanjang hari. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Gemini
#tenaga 800 kali ganda
#karbon dioksida
#mesra alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan