KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 3:02 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berpusat pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, kira-kira 8 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
Advertisement
Gegaran dilaporkan mungkin dirasai di sekitar kawasan Ranau, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima.
Jabatan itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan sebarang perkembangan dapat dimaklumkan kepada orang awam.
Orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian ini diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh jabatan berkenaan bagi membantu pengumpulan data.