KOTA KINABALU: Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu dalam kejadian pada 7.39 malam ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah memberitahu pihaknya menerima maklumat tentang gegaran dirasai penduduk di kawasan itu, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
"Pihak kami tidak menerima sebarang laporan kejadian tidak diingini dan akan terus memantau keadaan di Semporna. Semua pihak termasuk JBPM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan penduduk tidak perlu bimbang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan magnitud 2.6 itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.
Peniaga makanan Zahiral Kasman Abdullah, 24, ketika dihubungi berkata gegaran itu amat dirasai ketika beliau berada dalam rumahnya di Kampung Senallang, Semporna, namun gegaran itu hanya dirasai dalam tempoh beberapa saat.
"Rasa macam dinding rumah saya dilanggar sesuatu, memang kami sekeluarga terkejut dan saya terus dapatkan anak dan isteri sebelum lari keluar rumah kerana ingat ada batu besar langgar rumah. Jiran lain pun lari keluar juga, kemudian ada bagi tahu gempa bumi lemah. Syukur semua selamat," katanya.
Kerani syarikat swasta Brenda Mary Joseph, 31, berkata ketika kejadian beliau panik dan terus mendapatkan anak-anaknya, sebelum memeriksa kawasan sekitar rumahnya di Kampung Salimbangun, Semporna.
"Bimbang kerana rumah kami amat dekat dengan laut dan berlaku kejadian tsunami. Masa itu terus saya bersama suami serta anak-anak naik kereta dan pergi cari tempat lebih tinggi di kawasan pekan. Harapnya tiada kejadian gempa susulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan magnitud 2.6 itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.
Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.
Gempa bumi lemah 3.8 di Beluran, Sabah
Gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8:39 malam, pada Isnin.
Gempa bumi lemah di Ranau
Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, pada 11.10 malam ini.
Gempa bumi lemah di pesisir pantai Lahad Datu
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di pesisiran pantai Lahad Datu, Sabah pada 9.20 malam tadi.
Gempa bumi lemah landa Lahad Datu - MET Malaysia
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter melanda Lahad Datu, Sabah, pada 11.13 malam ini.
Tekanan dihasilkan air dalam Tasik Kenyir punca gempa bumi - Jabatan Meteorologi
Gempa bumi lemah yang berlaku di kawasan Empangan Tasik Kenyir malam tadi berpunca daripada tekanan dihasilkan air di dalam empangan itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.