awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Sultan Pahang titah masjid, surau adakan solat hajat

Bernama
Bernama
27/08/2025
22:50 MYT
Gempa  bumi: Sultan Pahang titah masjid, surau adakan solat hajat
AL-Sultan Abdullah turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi negeri ini daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat.
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang mengadakan solat hajat serta doa menolak bala malam ini.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, titah tersebut dizahirkan Al-Sultan Abdullah berikutan beberapa siri bencana gempa bumi di negara ini sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.
"Baginda bertitah agar umat Islam di Pahang sentiasa memperkukuh doa, meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah.
"Baginda turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi negeri ini daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat," menurut hantaran itu.
Bernama melaporkan, gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku pada 8.59 pagi tadi di Segamat, Johor, dengan gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di negeri ini serta selatan Pahang.
Pada 24 Ogos lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, disusuli gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#solat hajat
#Sultan Pahang
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan