awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2015
05:55 MYT
Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu
Salah seorang pendaki yang dikenali sebagai Charlene turut memuatnaik di laman Facebook keadaan dirinya dan kawan-kawannya di Gunung Kinabalu - Sumber Foto Facebook
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sabah telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat pendaki-pendaki di Gunung Kinabalu yang terperangkap susulan gempa berukuran 6.0 pada pagi Jumaat.
Laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Sabah, Zuraidah Latip berkata ketika ini terdapat lebih 195 pendaki dan 43 jurupandu di Gunung Kinabalu.
BACA: Gempa Sabah: Penduduk Ranau dinasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
Namun begitu kata Zuraidah, keadaan mereka yang berada di atas gunung masih belum dapat dipastikan lagi.
Dalam pada itu, salah seorang pendaki Gunung Kinabalu, Charlene Chen memberitahu dia bersama pasukannya masih terperangkap di Gunung Kinabalu. Bedasarkan status terbaru yang dimuat naik ke laman Facebooknya, Charlene memberitahu, mereka sedang menunggu helikopter utuk membawa mereka keluar. Katanya, keadaan buat masa ini selamat. GALERI FOTO: Gempa bumi Ranau Mereka tidak dapat bergerak turun kerana, masih merasai gegaran dan banyak batu yang jatuh sekaligus membahayakan situasi mereka. Bagaimanapun, Charlene gagal dihubungi Astro AWANI.
pendaki
pendaki
pendaki
pendaki
Topic Berkaitan
#bomba
#Gempa Bumi Sabah
#Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan